
Statik berasal dari Skudai, Johor Bahru. Ditubuhkan oleh Enol pada awal tahun 2004, namun pelbagai perubahan berlaku sepanjang beberapa tahun mengharungi dunia seni... Seperti sedia maklum, kemasukkan dan pengunduran line-up berlaku di dalam Statik... Jutaan terima kasih untuk mereka yang pernah bersama Statik ( Mamat - Jeff - Along - Farique - Fifie - Shaney ) dan juga setinggi-tinggi penghormatan terbaik untuk Hassan kerana berjuang bersama Statik sejak 2005 sehingga 2009... Takdir Illahi penentu segalanya, kini Statik bergerak bersama 3 ahli tetap ( Enol - Haziq - Pendi ). Semangat yang diberikan oleh anda ( FANSTATIK ) amat kami hargai... Teruskan menyokong Statik dan band-band tempatan dalam menghasilkan karya di bawah satu bendera... " GENERASI MINDA MALAYA "
No comments:
Post a Comment